Saturday 1 November 2014

Pengenalan






                                  SULAMAN DAN KRAF


PENGENALAN

Pada tahun 2010, perniagaan sulaman dan kraf mula bertapak di daerah Lundu. Ia diasaskan oleh saya sendiri, Anita Binti Amin. Pada mulanya ia hanya beroperasi secara kecil-kecilan sahaja dan hanya beroperasi di rumah. Pelanggan yang melanggan juga hanya terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai yang terdekat sahaja. Namun, selepas beberapa tahun beroperasi, permintaan terhadap sulaman ini semakin digilai ramai dan semakin mendapat sambutan. Ada juga terdetik niat di hati ingin mempunyai tapak perniagaan sendiri agar perniagaan ini dapat dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih luas justeru dapat meningkatkan lagi tahap keuntungan. Alhamdulillah, dengan adanya simpanan peribadi, saya memberanikan diri untuk mengeluarkan modal menubuhkan kedai untuk perniagaan sulaman dan kraf ini beralamat di:



No. 5 Gerai Jubli Perak (Atas), 94500 Lundu. 


Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sulaman dan kraf, boleh lah datang mengunjungi kedai saya seperti alamat yang telah diberikan di atas.